Wednesday, February 8, 2012

Wahid Endut Makin Naik Tocang, Mimpikan Jawatan MB Terengganu

Oleh Pak Teh Bakap

Wah…mentang-mentang boleh makan di restoran Cina, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk mengisytiharkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat.

Wahid seterusnya berkata keadaan itu turut dipengaruhi sokongan kaum Cina yang berbelah bahagi sejak akhir-akhir ini berikutan sudah tidak yakin dengan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Hebat sungguh Wahid berbicara.

Malah kata Wahid lagi, lebih separuh masyarakat Cina yang merupakan kaum kedua terbesar di negara ini dijangka memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) pada PRU akan datang.

“Najib tidak berani untuk mengumumkan pilihan raya Mac ini kerana 70 hingga 80 peratus orang Cina sudah bersedia membawa perubahan dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata, gelombang perubahan dalam kalangan masyarakat Cina itu turut berlaku di Terengganu.

Berlaku di kawasan mana? Pembangkang mengharapkan masyarakat Cina di Kuala Terengganu dan Cukai membantu mereka menang pilihan raya.

Sedangkan hakikatnya orang Cina sukar bergantung kepada PAS dan untuk apa. Politik semata-mata? Orang Cina bukan begitu, mereka melihat peluang khususnya pendidikan dan bisnes.

Apa yang PAS boleh offer untuk mereka dalam kedua-dua bidang ini? Pengajian di Mesir?

Wahid semakin naik tocang sekarang sebab Presiden PAS, Datuk Seri Abdu Hadi Awang tidak akan bertanding kerusi negeri tetapi Kerusi Parlimen sahaja.

Maknanya, ia isyarat bahawa kalau PAS menang, Wahidlah Menteri Besar. Itu yang semakin menjadi-jadi Wahid ‘belebong’ sekarang ini.

Sebelum lebih jauh, perhatikan gambar yang dirakam di atas, ramai ke orang Cina yang hadir ada majlis yang disertai pemimpin PAS, termasuk Wahid Endut ini?

Macam sunyi sepi je majlis di Kuala Terengganu itu. Tapi tidak apalah, PAS memang begitu, ‘psiko’nya lebih.

Cuba lihat gambar yang sama, apa pendapat anda? Lebih 3,000 orang hadir pada majlis ini. Majlis ini bukan ada bagi duit atau apa-apa dana tetapi Majlis Chap Goh Meh di Dewan Komuniti Cina Kemaman malam kelmarin.

Pada majlis itu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, masyarakat Cina tidak perlu risau kerana kerajaan tidak pernah meminggirkan mereka dalam soal kebajikan, pendidikan dan masa hadapan untuk lebih terjamin.

"Dengan kestabilan politik, rakyat hari ini mampu hidup aman dan tenang. Tidak perlu wujud sengketa dan keharmonian perlu dipelihara agar masyarakat Malaysia dapat terus bersatu," katanya.

Satu lagi saja nak tanya Ahli Parlimen Kuala Terengganu ini. Apa dia sumbang untuk masyarakat Cina sejak menang pilihan raya kecil Kuala Terengganu?

Orang Cina di Kuala Terengganu lebih percayakan BN dan mereka banyak dibantu melalui ADUN Bandar Datuk Toh Chin Yaw serta pemimpin Gerakan yang aktif di negeri ini.

Harapkan Wahid? Dia bukan sahaja tidak mampu membantu tetapi banyak masa untuk parti di Kuala Lumpur dan kawasannya Wakaf Mempelam.

Setidak-tidaknya sumbangan besar BN Terengganu ialah menjadikan Kampung Cina sebagai kawasan pelancongan dan warisan.

Masa PAS memerintah Terengganu 1999 hingga 2004, apa yang PAS lakukan di Kampung Cina dan penempatan Cina yang lain di negeri ini?

Ketika ini ramai orang Cina di Terengganu sudah sedar dan tidak mahu memangkah pembangkang lagi…Yang pangkah PAS adalah yang tersisih kerana gara-gara mereka sendiri!

1 comment: