Friday, March 16, 2012

20 Pasukan, Termasuk TSG Sertai Jelajah 1Malaysia 2012


Perlumbaan jelajah berbasikal tertua di negara ini, Jelajah 1Malaysia (JM’12) yang akan berlangsung dari 8 hingga 13 Mei depan hanya akan melibatkan 20 pasukan.

"Jumlah penyertaan kali ini kita hadkan kepada 20 pasukan sahaja, 10 pasukan dari luar negara dan 10 dari Malaysia. Pengurangan jumlah penyertaan kali ini bertujuan untuk mengurangkan kos penganjuran," kata Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamad pada sidang akhbar di kementerian itu di Putrajaya semalam.


Katanya, kos penganjuran perlumbaan berstatus UCI 2.2 itu dalam lingkungan RM2 juta.

Menurut beliau setakat ini, 13 pasukan termasuk telah mengesahkan penyertaan mereka. Pasukan benua lain yang telah mengesahkan penyertaan mereka ialah Genesys Pro Cycling (Australia), Aisan Racing Team (Jepun), OCBC Singapore (Singapura) dan Terengganu Cycling Team (Malaysia).

Selain itu, perlumbaan lebuh raya tertua di negara ini , tidak akan menampilkan penyertaan skuad kebangsaan bagi memberi peluang persatuan negeri mempamerkan bakat pelumba masing-masing.

Keputusan itu bertepatan hasrat kementerian melihat pembangunan acara lebuh raya di negeri dalam melahirkan lebih ramai pelumba.

Biarpun tanpa penyertaan skuad kebangsaan, Mohid berkata pasukan yang disahkan penyertaan iaitu - lima pasukan luar iaitu Genesys Pro Cycling (Australia), Aisan Racing (Jepun), OCBC Singapura (Singapura), LBC Cycling (Filipina) dan pasukan kebangsaan Kazakhstan

Tujuh pasukan tempatan pula ialah - Terengganu Cycling Team TSG), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia.

“Pada tahun ini kita mengurangkan jumlah penyertaan pasukan (daripada 30 pasukan tahun lalu) kepada 20 dengan 10 pasukan luar dan 10 pasukan tempatan, bukan saja bagi mengawal perbelanjaan tetapi juga bagi memastikan pasukan yang berkualiti saja turut beraksi kali ini,” katanya.

Selain pasukan yang sudah mengesahkan penyertaan, Mohid berkata juara edisi lalu, Tabriz Petrochemical Team (TPT) dari Iran berkemungkinan akan menyertai perlumbaan berstatus 2.2 itu sebelum tarikh tutup penyertaan pada 12 April ini.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) Abu Samah Abd Wahab berkata Kejohanan Grand Prix (GP) Berbasikal Kebangsaan 2012 sirkit pertama akan berlangsung di Kedah selama dua hari bermula Sabtu ini dengan penambahan acara ujian masa individu (ITT) dipertandingkan.

No comments:

Post a Comment