Friday, March 16, 2012

407 Bekas Kakitangan KEMAS Dapat RM3,000 Seorang

Seramai 407 bekas kakitangan Kemas dari Terengganu menerima bayaran khas sebanyak RM3,000 seorang dengan peruntukan RM1.2 juta.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, bayaran kepada bekas kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mula diagihkan ke seluruh negara sejak 3 Mac lalu.


“Bayaran mula dibuat di Kelantan, Sarawak (12 Mac) dan Terengganu sebagai negeri ketiga, agihan sumbangan dijangka selesai sebelum akhir bulan ini. Menurutnya, seramai 6,000 bekas kakitangan Kemas dari seluruh negara layak untuk mendapatkan bayaran khas itu melibatkan peruntukan sebanyak RM18 juta.


“Wang ini diberikan kepada kakitangan yang pernah berkhidmat dengan Kemas, sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun dan tidak pernah menerima tindakan tatatertib sepanjang perkhidmatan mereka.

Beliau berkata demikian kepada media semasa hadir pada Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Bekas Anggota Kemas Malaysia Cawangan Terengganu bertempat di Dewan Teater, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera; Presiden Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBKAM), Datuk Melati Ali; Pengerusi PBKAM Negeri Terengganu, Adam Sulong dan Pengarah Kemas Negeri, Nor Hazelina Hasyim.

Hassan berkata, bantuan itu selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa imbuhan secara sekali gus sebanyak RM3,000 akan diberikan kepada bekas kakitangan Kemas yang berkhidmat dengan jabatan itu melebihi lima tahun sebagai menghargai sumbangan mereka.

Katanya, setiap penerima akan menerima baucar yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN) di mana-mana cawangan yang berdekatan.

Sinar Harian & Terganukita

No comments:

Post a Comment