Kerajaan Terengganu akan menghantar lapan pelajar lepasan diploma bagi melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di Pusat Latihan TAECO Xiamen, China pada 20 April ini.
Kesemua pelajar itu akan mengikuti bidang Kejuruteraan Penyelenggaraan Kapal Terbang di pusat latihan itu dengan yuran pengajian dibiayai Yayasan Terengganu (YT).
Kira-kira RM1 juta dibelanjakan YT bagi tujuan itu di mana setiap Pelajar dikenakan yuran pengajian sebanyak RM124 ribu bagi tempoh dua tahun.
Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said, berkata kesemua pelajar yang dipilih itu adalah berkeluasan Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan telah lulus cemerlang dalam ujian berkaitan yang diduduki.
“Kerajaan negeri sentiasa bersedia menjalin kerjasama dengan pusat latihan itu untuk terus menghantar lebih ramai lagi pelajar pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menangani memorandum persahaman antara YT dengan Pusat Latihan TAECO Xiamen di Wisma Darul Iman, semalam.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman; Pengarah Yayasan Terengganu, Encik Zakaria Yusof dan Pengarah Pengarah Yayasan Islam Terengganu (YIT), Haji Md. Kamarul Al-Amin Ismail.
Ahmad Said berkata, kerajaan negeri akan menghantar sekurang-kurangnya sepuluh pelajar lepasan diploma untuk mengikuti pengajian di pusat latihan sama pada setiap tahun sekiranya melepasi syarat yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment