Thursday, March 29, 2012

Anak Mangsa Kebakaran di Pulau Perhentian Dapat Bantuan

Anak mangsa kebakaran di Pulau Perhentian yang sedang belajar di sekolah mendapat bantuan dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran selepas rumah mereka musnah terbakar tiga hari lalu.

Bantuan berupa wang tunai, buku teks,pakaian sekolah, alat tulis dan peralatan lain itu di sampaikan sendiri oleh Pengarahnya, Zakaria Hussin dalam satu majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Kuala Besut (SMKB) semalam.


Zakaria berkata, bantuan segera itu bagi membolehkan anak mangsa kebakaran di pulau peranginan itu supaya mereka dapat meneruskan pelajaran tanpa menghadapi masalah berikutan semua barang milik keluarga masing-masing musnah dalam kebakaran berkenaan.

Dalam kejadian itu dua keluarga nelayan di pulau itu tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dijilat api dalam kejadian kira-kira jam 1015 malam kelmarin.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah Besut,Ab Halim Hassan, Beliau berharap menerusi sumbangan itu pelajar terbabit dapat meningkatkan semangat walaupun keluarga mereka kini menghadapi kesulitan hidup.

Sebelum ini,keluarga berkenaan sudah mendapat sumbangan daripada penduduk setempat, Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Besut dan sumbangan peribadi ADUN Kuala Besut,YB Dr A Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri.

Teganukita

No comments:

Post a Comment