Wednesday, March 7, 2012

90 Pelajar Agama Sertai Matrikulasi Perubatan UniSZA - TatiUC

Seramai 90 pelajar cemerlang dari sekolah-sekolah terpilih di negeri ini bakal merintis program Matrikulasi Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)-Kolej Universiti TATI (TATiUC) yang dijangka bermula Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, kesemua pelajar perintis itu akan diambil dari sekolah-sekolah terpilih terutama sekolah aliran agama seperti Imtiaz.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri akan berusaha mendapatkan kuota 30 peratus bagi penempatan anak negeri menyambung pengajian dalam bidang itu setiap tahun.

Katanya, usaha itu dibuat bagi melahirkan lebih ramai profesional khususnya doktor perubatan yang arif dalam ilmu agama termasuk hafiz al-Quran.

No comments:

Post a Comment