Wednesday, March 7, 2012

Pos Malaysia Keluarkan Setem Bertemakan Program Penyelidikan Antarabangsa

Pos Malaysia Bhd akan mengeluarkan setem kenang-kenangan serta barangan filateli yang bertemakan Program Penyelidikan Antartika Malaysia mulai esok.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Yasmin Ramli berkata pengeluaran setem itu dengan usahasama Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, juga bersempena lawatan kerja Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin ke Antartika pada November tahun lepas ketika baginda menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong.


Yasmin berkata setem segi empat sama dalam denominasi 60 sen dan 90 sen serta sampul surat hari pertama berharga 50 sen boleh didapati di semua cawangan Pos Malaysia seluruh negara.

Sehubungan itu, beliau meminta peminat serta pengumpul setem agar mendapatkan koleksi setem itu dengan segera kerana jumlah cetakannya adalah terhad dan tidak akan diulang cetak apabila stoknya habis.

No comments:

Post a Comment