Wednesday, March 14, 2012

Adegan Bedil Membedil Antara PAS dan PKR, DAP Esok?

Ulasan di Rakyat Malaysia mengenai kemungkinan kegagalan rundingan pembahagian kerusi antara PAS dan PKR serta DAP
Jertih yang kini diwakili Datuk Seri Idris Jusoh dikatakan mampu ditawan, kalau pun Idris mengubah pendirian untuk bertanding semula. PAS mengatakan pengaruh Idris begitu merosot dan beliau sewajarnya bertanding di Parlimen untuk ‘lari’ lebih jauh dari Terengganu…dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin kini ‘sepenuh masa’ di Terengganu sebagai Sultan Terengganu, bontot Idris kini ‘terbakar’.

Esok dikatakan PAS, PKR dan DAP akan mengadakan rundingan pusingan akhir menentukan kerusi untuk bertanding pada pilihan raya umum ke 13 di Terengganu. Kecoh satu negara apabila baru-baru ini PKR menuntut 11 kerusi DUN dan 3 kerusi Parlimen.

Pemimpin dan penyokong PAS naik gila dengan berita itu. Malah, dikatakan PAS kini tunggu waktu sahaja untuk ‘bedil’ PKR dan DAP mengenai pembahagian kerusi.

Jadi, esok akan ada adegan ‘bedil-membedil’?

 


Tapi hairan juga apabila ada juga pemimpin PAS yang setuju dengan cadangan PKR itu (Sinar Harian, 7 Mac 2012, T2). Malah ada cakap-cakap mengatakan PAS dah bersetuju untuk serahkan DUN Bukit Tunggal kepada PKR dan begitu juga Parlimen Kuala Nerus.

Hakikatnya, PAS kalau boleh tidak mahu menyerahkan walau satu kerusi pun kepada rakan kongsinya dalam pakatan pembangkang. Rasionalnya ialah, ia mampu menang semua kerusi.

Ketika ini PAS menguasai dua kerusi Parlimen iaitu di Kuala Terengganu dan Marang.

Parlimen Marang diwakili Datuk Seri Abdul Hadi Awang, iaitu Presiden PAS sementara Kuala Terengganu diwakili Pesuruhjaya PAS Negeri, Abdul Wahid Endut. Bagi kerusi Parlimen, PKR Nampak gairah untuk bertanding di Setiu dan Dungun. Kenapa di dua kawasan itu?

Pertamanya, Setiu pernah dimenangi PKR pada 1999 dan kawasan itu dikatakan paling bergolak di kalangan pemimpin UMNO yang dikatakan 1 vs 4, iaitu Ahli Parlimen ditentang oleh empat ADUN iaitu Jabi, Batu Rakit, Permaisuri, Langkap.

Sementara di Dungun juga berlaku keadaan yang sama apabila Ahli Parlimen sekarang tidak disenangi Ketua Bahagian manakala empat ADUN juga dikatakan menentang Ketua Bahagian berkenaan iaitu ADUN Paka, Bukit Besi dan Rantau Abang.

Satu kerusi lagi iaitu DUN Sura kini dikuasai PAS. Sementara untuk kawasan DUN pula, PAS begitu berkeyakinan untuk menawan DUN Cukai, DUN Rantau Abang, DUN Batu Rakit, DUN Paka, DUN Permaisuri, DUN Jabi, DUN Bandar dan DUN Langkap.

Malah, walaupun UMNO mengatakan mereka yakin rampas semula DUN Bukit Tunggal, DUN Manir, DUN Sura, DUN Ladang serta DUN Batu Burok, PAS tetap yakin kesemuanya akan dikekalkan.

Apa yang menarik mengenai perundingan antara PAS dan sekutunya ialah, kerusi manakah yang akan diberikan kepada PKR dan DAP.

Secara khusus DAP nampaknya hanya berminat untuk bertanding DUN Bandar kerana di kawasan ini ramai orang Cina. Dengan kata lain DAP yakin penuh kepada orang Cina mengundi mereka.

Sementara bagi DUN Cukai yang ramai juga orang Cina, PAS dijangka tidak akan melepaskan kerusi itu kepada PKR, apa lagi DAP!

Paling mengejutkan, DUN Jertih yang kini diwakili Datuk Seri Idris Jusoh dikatakan mampu ditawan, kalau pun Idris mengubah pendirian untuk bertanding semula. PAS mengatakan pengaruh Idris begitu merosot dan beliau sewajarnya bertanding di Parlimen untuk ‘lari’ lebih jauh dari Terengganu (Sinar Harian, 2 Februari 2012, T2).

Apalagi menurut PAS, dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin kini ‘sepenuh masa’ di Terengganu sebagai Sultan Terengganu, bontot Idris kini ‘terbakar’.

Walaupun 10 kali bincang pun, kita tidak yakin soal pembahagian kerusi antara PAS, PKR dan DAP tidak selesai. Kenapa demikian? Ini kerana PAS memang tamak dan tidak akan melepaskan ada yang mereka sudah ada dan akan merebut apa sahaja yang mereka nampak akan jadi milik mereka.

Sikap PAS ibarat orang yang sudah kenyang tetapi terus mahu memasukkan makanan ke mulut. Kita bimbang PAS akan tersembur dan muntah-muntah gara-gara mereka sendiri.

Pada ketika ini PKR dan DAP tidak akan mencari ubat untuk PAS. Akan tinggal PAS terkantung-kantung dan mereka akan hilang segala-galanya bagaikan ‘ yang dikejar tak dapat, yang dalam mulut pun tersembur keluar!”

No comments:

Post a Comment