Thursday, March 15, 2012

Guru Agama Bebas Tuduhan Edar Dadah

Abdul Karim Mohammad ditemani isterinya, Fauziah Abdul Rahman gembira selepas dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.
 
Seorang guru sekolah menengah agama terlepas daripada hukuman gantung selepas dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu, hari ini daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 347.6 gram tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nazlyza Mohd Nazri dan Masriwani Mahmud, gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Karin Mohammad, 40.


Abdul Karin, yang diwakili peguam bela Ghazali Ismail dan Mazlan Mat Zin, berjaya menyakinkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan pemilikan rumah atau lokasi dengan dirinya.

Mahkamah juga mendapati pihak pendakwaan gagal memanggil saksi penting dalam kes itu. Abdul Karin, bapa kepada tiga orang anak, dituduh mengedar dadah itu di sebuah rumah di Jalan Hiliran Kuala Terengganu pada 1 pagi 6 April 2011.

Selepas Hakim Mohd Yazid membuat keputusan itu, tertuduh menangis sambil memeluk ahli keluarganya yang termasuk isterinya Fauziah Abdul Rahman, 40, dan tiga anak mereka.

No comments:

Post a Comment