Tuesday, March 13, 2012

Ahmad Said - Jangan 'Peteh' & Jadi 'Peraih' Musim Pilihan Raya

“Kita orang parti (Umno) jangan berbalah sesama sendiri... jangan ada rasa terkilan dan hendak bertanding sesama sendiri jika tidak tercalon dalam pilihan raya dalam masa terdekat ini..kena redhalah jika kita tidak menjadi calon lagi selepas ini...Sebaliknya kita perlu sama-sama berganding bahu untuk meneruskan perjuangan parti (Umno) kerana musuh kita adalah pembangkang yang sentiasa menunggu peluang untuk menjatuhkan kita,”  - Ahmad Said.

Jangan ‘Peteh ‘ sesama sendiri kalau mahu menang pilihan raya!

Meskipun tidak tercalon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti, Datuk Seri Ahmad Said selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, meminta wakil rakyat diseru untuk terus memberikan sokongan dan bukannya menjadi api dalam sekam hingga boleh merosakkan parti.

Beliau kelmarin sekali lagi, mengingatkan semua kepimpinan parti agar tidak sesekali mengamalkan sikap ‘peteh’ sesama sendiri.


Berikutan itu, barisan kepimpinan perlu sentiasa turun padang untuk meninjau masalah yang dihadapi rakyat di peringkat akar umbi dan tidak hanya menunggu waktu berkempen semata-mata untuk bertemu mata dengan pengundi.

“Wakil rakyat jangan jadi seperti peraih di mana hanya akan nampak apabila tiba musim durian sahaja dan selepas itu hilang entah ke mana.. pemimpin sebegini bukan yang kita cari sebenarnya,” katanya.

 Dalam perkembangan sama, beliau turut mengingatkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan ketua cawangan agar segera bertindak bagi mengenal pasti pengundi khususnya ahli keluaga Umno terus memberi sokongan dan undi mereka tidak melimpah ke parti pembangkang.

 “Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah kenal pasti semua ahli keluarga yang boleh mengundi agar mendaftar (pengundi) demi memastikan sokongan rakyat di negeri ini terhadap Umno terus berkekalan,” katanya.

“Kita orang parti (Umno) jangan berbalah sesama sendiri... jangan ada rasa terkilan dan hendak bertanding sesama sendiri jika tidak tercalon dalam pilihan raya dalam masa terdekat ini..kena redhalah jika kita tidak menjadi calon lagi selepas ini.

 “Sebaliknya kita perlu sama-sama berganding bahu untuk meneruskan perjuangan parti (Umno) kerana musuh kita adalah pembangkang yang sentiasa menunggu peluang untuk menjatuhkan kita,” katanya.

 Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata demikian ketika berucap pada Program Pemantapan Jentera Pilihan Raya Wanita (JR) Bahagian Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak, di Kuala Terengganu kelmarin.

Hadir sama Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus; Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri, Timbalan Ketua Umno Bahagian merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Pasu, Datuk Abd Rahin Mohd Said dan Ketua Penerangan Umno Kuala Nerus merangkap Adun Tepoh, Mu-hammad Ramli Nuh.

Sumber - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment