Tuesday, March 13, 2012

MB Nafi e-Book Dibekal Kepada Murid Asyik Rosak

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menafikan dakwaan bahawa e-Book yang dibekalkan kepada murid-murid Tahun Lima di Terengganu sering mengalami masalah dan rosak.

Beliau berkata, tidak ada laporan yang diterima mengatakan komputer riba yang dibekalkan kerajaan negeri sering rosak atau bermasalah.


"Setakat ini cuma ada satu laporan e-Book rosak. Itupun kerana dibaling oleh bapa pelajar kerana marahkan isterinya yang asyik main e-Book berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, sebelum e-Book diserahkan, pelajar dan ibu bapa diingatkan supaya mengurus dengan baik buku eletronik berkenaan.

Bagaimanapun katanya, kadang-kadang sikap pelajar atau ibu bapa yang sambil lewa menjaganya mungkin kerana ia diperoleh secara percuma tanpa dikenakan bayaran.

"Ada juga kita dapati dalam e-Book terdapat sos keropok lekor yang tertumpah. Inilah yang berlaku kalau e-Book tidak dijaga dan diuruskan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata, kini kerajaan negeri telah menempatkan pegawai komputer di setiap sekolah untuk membaiki e-Book.

No comments:

Post a Comment