Thursday, March 8, 2012

Ahmad Said Mahu Prestasi Skuad Terengganu DiPertingkatkan

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mahukan pemain bola sepak Terengganu memperbaiki permainan yang dilihat masih kurang konsisten meskipun berjaya mencatat 1-0 menewaskan pasukan kelab Vietnam, Song Lam Nghe An dalam saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Selasa malam.

Katanya kemenangan perlawanan pembukaan kumpulan F ke atas Song Lam selaku juara Liga Super Vietnam itu masih belum menunjukkan satu corak permainan yang bagus dan tidak mahu pemain skuad Penyu leka.


"Tahniah saya ucapkan kepada mereka (skuad Terengganu) tetapi saya masih belum berpuas hati dengan prestasi mereka kerana saya nampak kelemahan daripada banyak aspek untuk diperbaiki.

"Sebagai contoh, semasa lawan KL (Kuala Lumpur) dalam Liga Super Jumaat lepas, kita banyak mengawal bola tetapi lihat masih banyak kelemahan yang ketara saya didapati ditunjukkan dalam perlawanan itu.

Saya tak berpuas hati walaupun menang 1-0," katanya kepada pemberita semasa melakukan tinjauan di Karnival Remaja Terengganu anjuran Kerajaan Negeri dan Kelab Remaja Terengganu lewat semalam.

Ahmad Said berkata prestasi skuad kendalian Mat Zan Mat Aris dalam cabaran Piala AFC mahupun dalam saingan Liga Malaysia harus diperbaiki dan perlu meyakinkan sebelum bertemu pasukan yang lebih kuat untuk beroleh kemenangan.

No comments:

Post a Comment