Muhyiddin diiringi Ahmad Said pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Teknik, Wakaf Tembesu, petang semalam..
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam mendengar taklimat berhubung situasi politik semasa di Terengganu yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Muhyiddin malam semalam mengakhiri rangka Lawatan Kerja Seharinya ke Terengganu dengan mengadakan perjumpaan tertutup bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO memulakan perjumpaan bersama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Ahmad Said yang juga Menteri Besar Terengganu di Hotel Primula pada lewat petang.
Pada pukul 8 malam, beliau menghadiri majlis jamuan bersama para pemimpin negeri dan menyampaikan amanat pada sesi taklimat tertutup bersama Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Negeri serta mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin komponen BN negeri.
Muhyiddin serta rombongan berlepas pulang ke Kuala Lumpur sekitar pukul 10 malam dengan menaiki pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Pada tengah hari , Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menghadiri Perjumpaan Khas Bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan di Stadium Negeri.
Beliau kemudian menyertai Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu pada sebelah petang.
Sementara itu, Anggota Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang ditemui selepas perjumpaan itu berkata pada pertemuan itu Muhyiddin mengingatkan para pemimpin agar bersedia dengan persiapan pilihan raya.
No comments:
Post a Comment