Sunday, March 11, 2012

 BAHAGIAN 4 - PENYELEWENGAN AKIDAH

  
1. PAS ITU ISLAM , ISLAM ITU PAS

PAS mendakwa ianya memperjuangkan Islam,justeru itu menentang PAS adalah menentang Islam. Di dalam ceramah-ceramah PAS sering disamakan perjuangan PAS dengan perjuangan Nabi-Nabi, khasnya Nabi Muhammad s.a.w dan ayat-ayat Al Quran berkenaan dengan golongan yang mengikut nabi dipakai untuk orang-orang PAS.
 
UMNO dilabelkan sebagai penentang Islam ,penentang Nabi-Nabi kerana UMNO menentang PAS.

2. HARAM HARAM JADI MAINAN POLITIK PAS

Oleh kerana PAS kononnya berjuang menegakkan Islam dan UMNO mengikut kepercayaan PAS adalah penentang Islam,maka menyokong PAS adalah wajib dan menyokong UMNO adalah haram dan menyokong PAS membawa seseorang itu ke syurga dan menyokong UMNO membawa seseorang itu ke neraka.

Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat PERNAH BERKATA,” Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam,ia adalah haram”.(Harakah ,23 April 1994)

3. SYURGA, NERAKA TARUHAN PAS

Ada lagi alasan lain bagi meguatkan kepercayaan orang ramai terhadap PAS iaitu “Mengundi PAS Masuk Syurga dan Mengundi UMNO Masuk Neraka” dan kerajaan yang diterajui oleh UMNO dikatakan sebagai zalim.

Kerana itu cenderung hati kepada UMNO pun akan membawa seseorang itu ke neraka.Apa lagi menyokong,mengundi dan menjadi ahli UMNO.


Bersambung

No comments:

Post a Comment