Thursday, March 1, 2012

Dr A Rahman Berusaha Atasi Masalah Penutupan Pusat Dialisis


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar berharap isu penutupan Pusat Dialisis Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yang kendalikan Persatuan Pesakit Buah Pinggang Terengganu di Jalan Hiliran, di Kuala Terengganu dapat diselesaikan segera.

Difahamkan beliau mengadakan perjumpaan semalam dengan pengurusan pusat itu untuk mendapat maklumat secara rasmim mengenainya.

 Sinar Harian melaporkan, pesakit buah pinggang yang kebiasaannya mendapat rawatan di terpaksa beralih ke tempat lain berikutan pusat tersebut bakal menutup operasi kerana dipercayai tidak mencapai piawaian yang dikehendaki.
Lebih malang lagi, penutupan pusat yang menjadi rumah kedua pesakit buah pinggang ditubuhkan tiga tahun lalu itu juga menyaksikan pesakit terpaksa mendapatkan rawatan di tempat berasingan.

Pusat yang dirasmikan Datuk Seri Ng Yen Yen yang ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat masih dikunjungi pesakit yang datang untuk rawatan mencuci buah pingang seperti biasa, meskipun difahamkan operasi akan ditutup bermula hari ini.

Kelmarin, Dr A Rahman mengatakan tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai penutupan operasi pusat berkenaan, namun tetap memandang serius isu tersebut.

“Saya bersedia untuk bertemu dengan mereka (wakil YKN) untuk mendengar penjelasan dan masalah sebenar hingga membawa kepada penutupan pusat itu (pusat dialisis) kerana soal keselamatan pesakit dan masa depan pekerja di pusat berkenaan kita menjadi keutamaan kita, meskipun Kerajaan Negeri tidak terlibat secara langsung dengan operasi pusat berkenaan.

“Kita akan dengar apa sebenarnya masalah mereka (pusat dialisis) kerana jika operasi diarahkan tutup atas dasar keselamatan pesakit kita terpaksa akur dan jika sebab lain kita akan cari jalan lain untuk memastikan pesakit dapat rawatan seperti biasa..jika perlu tangguh, kita tangguh,” katanya.

No comments:

Post a Comment