Friday, March 16, 2012

GP Kedah Medan Buru Tempat ke Olimpik - Abu Samah

Penampilan Adiq (dua dari kanan) pada GP Kebangsaan masih menjadi tanda tanya.

Kejohanan  Grand Prix Berbasikal Kebangsaan 2012 Kedah (GP Kedah) yang bermula esok menyaksikan beberapa calon ke Sukan Olimpik 2012 termasuk Mohd Harrif Salleh menyesuaikan diri sebelum menghadapi ujian sebenar di London Julai nanti.

Aksi Mohd. Harrif yang menghadiahkan kegembiraan kepada pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) dengan menaiki podium pada kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 akan dipantau sepenuhnya pada cabaran sulung musim ketiga GP Kebangsaan, manakala penampilan Mohd. Adiq Hussainie Othman pada GP musim ini pula terus kekal menjadi tanda tanya.

Nama dua pelumba kelab benua profesional tersebut - Mohd. Harrif dan Mohd. Adiq Hussainie - dianggap dua calon hangat untuk menyarung jersi Malaysia ke Sukan Olimpik 2012 dan sudah semestinya corak kayuhan serta prestasi terkini yang cemerlang secara konsisten menjadi bahan bualan menjelang GP Kedah.

Mohd. Zamri pula yang meninggalkan kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) awal musim ini bagi menyertai TSG, turut dianggap antara calon untuk disenaraikan ke London nanti selepas muncul juara keseluruhan GP Kebangsaan musim lalu, selain kejayaan menduduki tempat keempat pada Kejohanan Lumba Basikal Asia 2012 (ACC 2012).

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abd Wahab percaya GP Kedah boleh menjadi platform terbaik mengukur prestasi Mohd Harrif dan Mohd Adiq Hussainie serta beberapa pelumba lain.

“Kita semua tahu acara lepas beramai-ramai di Sukan Olimpik 2012 di London adalah one-day-race (perlumbaan sehari). Hanya beberapa pelumba Malaysia berjaya se¬suaikan¬ diri corak perlum¬baan sedemikian.

Antaranya Mohd Adiq Hussainie yang menang pingat perak Bawah 23 Tahun di ACC 2012.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab percaya GP Kedah dan empat lagi negeri yang akan menjadi penganjur GP Berbasikal Kebangsaan boleh menjadi platform terbaik bagi mengukur prestasi Mohd. Harrif dan Mohd. Adiq Hussainie serta beberapa pelumba lain.

"Kita semua tahu acara lepas beramai-ramai pada Sukan Olimpik 2012 di London adalah one-day-race (perlumbaan sehari).

"Setakat ini, ada beberapa pelumba Malaysia yang berjaya menyesuaikan diri dengan corak perlumbaan sedemikian, antaranya Mohd. Adiq dan Mohd. Zamri pula meraih tempat keempat pada perlumbaan elit lepas beramai-ramai pada ACC 2012 lalu.

"Namun, ada nama lain seperti Mohd. Harrif yang beberapa kali naik podium pada LTdL 2012. Nampak gaya, dia cukup konsisten dan menggemari perlumbaan sehari. Jadi, kita mahu pantau prestasi mereka pada GP Kedah nanti," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, TSG yang kini menduduki ranking kedua dalam senarai mata Asia Tour di belakang Tabriz Petrochemical Cycling Team akan menghantar tujuh pelumba ke GP Kedah, termasuk Mohd. Nor Umardi Rosdi yang muncul juara dua kali berturut-turut pada GP Perlis dan GP Negeri Sembilan pada musim 2011.

Senario itu jelas mengundang rasa gembira buat PKBM kerana penampilan pelumba TSG dan dua tonggak Champion System - Mohd. Adiq dan Anuar Manan - akan memastikan GP Kebangsaan tetap memiliki kualiti.

"Nama pelumba TSG kini semakin digeruni di seluruh Asia. "Nama seperti Mohd. Zamri, Mohd. Harrif, Mohd. Saufi (Mat Senan) dan Mohd. Shahrul (Mat Amin) sentiasa mendapat perhatian pada setiap perlumbaan yang mereka sertai," katanya.

Pada masa yang sama, GP Kedah menyaksikan PKBM menyenaraikan perlumbaan ujian masa individu (ITT) buat julung-julung kalinya bagi menghasilkan lebih ramai pelumba berkaliber dalam kategori tersebut menjelang Sukan SEA 2013 di Myanmar nanti.

"Buat masa ini, kita dapat lihat pelumba seperti Mohd. Adiq, Muhammad Fauzan (Ahmad Lufti) dan Ng Yong Li telah membuktikan kemampuan dalam ITT.

"Namun, kita tahu pelumba lain seperti Muhammad Rauf (Nur Misbah) dan Suhardi (Hassan) juga bagus dalam acara ini. Oleh itu, persatuan telah memperkenalkan acara ITT pada GP Kebangsaan 2012," kata Abu Samah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur GP Kedah, Omar Saad yang juga Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Kedah (PBNK) gembira kerana negeri tersebut diberikan penghargaan untuk menganjurkan dua acara penting iaitu lepas beramai-ramai dan ITT pada GP Kebangsaan 2012.

"Saya berharap senario ini akan membawa lembaran baharu kepada perkembangan sukan berbasikal Malaysia. Kami sudah bersedia untuk menganjurkan kejohanan yang berkualiti bermula esok," katanya.

Sinar Harian & Kosmo!

No comments:

Post a Comment