Friday, March 16, 2012

Tarik Golongan Muda Imarah Masjid

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah, tindakan segera perlu diambil bagi menarik lebih ramai golongan muda mengimarahkan masjid.

Pihak berwajib termasuk jawatankuasa masjid perlu mengadakan program yang boleh menarik minat golongan muda serta menjaga binaan masjid setempat bagi memudahkan umat Islam menggunakan kemudahan yang ada, titah baginda ketika merasmikan Masjid Kampung Bukit Kuang di Kemaman.


Masjid itu dinamakan Masjid Ar-Rahman.

Pada majlis itu Baginda berkenan menyampaikan tauliah kepada 10 pendaftar, jurunikah serta imam masjid mukim bagi daerah Kemaman sebelum bersolat Jumaat bersama 700 jemaah yang diimamkan oleh Mufti Negeri Datuk Dr Alias Abdullah.

Masjid Ar-Rahman Kampung Bukit Kuang merupakan antara 49 masjid yang dibina di daerah Kemaman. Ia bernilai RM3 juta dan mampu menampung 1,500 orang jemaah.

No comments:

Post a Comment