Sunday, March 11, 2012

INPUMA - Ekonomi Isu Utama Rakyat Tingkatkan Kuala Hidup

Seramai 37.3 peratus responden bersetuju ekonomi merupakan antara isu utama bagi rakyat Malaysia dengan menganggap usaha mempertingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah sebagai agenda penting dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Menurut hasil kajian daripada Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA), Universiti Malaya sebanyak 86.6 peratus responden menyatakan kenaikan harga barang keperluan bakal menjadi isu utama pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.


Kajian yang dijalankan oleh INPUMA bertajuk "Ekonomi dan Urus Tadbir Kerajaan" ini telah dijalankan pada tahun lepas bagi meninjau pandangan dan mendapatkan maklum balas masyarakat terhadap inisiatif serta dasar kerajaan dan juga isu semasa yang berkaitan.

Seramai 2,480 orang responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, golongan isi rumah, kakitangan kerajaan dan swasta dari Johor, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sarawak.

Dalam kenyataan hari ini,  INPUMA menjelaskan kajian juga menunjukkan isu ekonomi merupakan antara isu utama negara di mana lebih 24 peratus responden berpendapat sedemikian.

No comments:

Post a Comment