Tuesday, March 20, 2012

Jalan Jeram Dibuka Akhir Tahun Ini

Pembinaan projek jalan raya Jeram ke Kampung Tok Kong, Tepoh (fasa 1) sepanjang 2.2 kilometer (km) hampir 90 peratus siap dan dijangka boleh dilalui pengguna akhir tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Muhammad Ramli Nuh, berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM250 juta bagi membina kemudahan itu supaya memudahkan orang ramai berulang alik ke bandar Kuala Terengganu.


Katanya, pembinaan jalan raya itu sudah lama ditunggu penduduk terutama bagi mereka terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas di Jambatan Sultan Mahmud.

“Diharapkan pihak berkaitan mempercepatkan projek ini supaya lalu lintas di kawasan itu lebih lancar walaupun tiba musim cuti perayaan dan cuti sekolah,” katanya kepada Teganukita.

Muhammad Ramli turut memberitahu sebahagian daripada 60 pemilik tanah yang diambil balik kerajaan sudah pun dibayar pampasan, manakala selebihnya akan menerima secara berperingkat-peringkat.

No comments:

Post a Comment