Tuesday, March 20, 2012

Puteri UMNO Gerakkan Jentera Di Setiap Rumah

Pergerakan Puteri UMNO negeri telah menggerakkan jenteranya bagi memastikan kesemua anggota yang layak mengundi didaftarkan sebagai pemilih.

Ketuanya, Nordiana Shafie berkata, ini termasuk kunjungan dari rumah ke rumah agar tiada yang tercicir daripada menunaikan tanggungjawab mereka kelak.


Menurut Nordiana, pihaknya mengenal pasti lima peratus atau kira-kira 2,000 orang daripada jumlah keseluruhan 40,000 ahli belum berbuat demikian.

"Kita telah mengadakan taklimat dengan ketua-ketua di peringkat cawangan supaya mengenal pasti golongan tersebut di kawasan mereka," ujarnya.

Malah katanya, ahli-ahli Puteri turut turun padang dengan mengadakan kunjungan dari rumah ke rumah untuk membantu mereka agar mendaftar melalui pelbagai saluran yang disediakan bagi kemudahan mereka.

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment