Tuesday, March 6, 2012

Keldai Dadah Terjerat Hantar Dadah Kepada Polis Di Terengganu

Seorang keldai dadah terjerat ketika mahu menghantar bekalan dadah kepada anggota polis yang menyamar sebagai pelanggan di hadapan sebuah restoran di Jalan Sultan Omar di Kuala Terengganu Khamis lepas.

Keldai dadah itu berusia 21 tahun dan berasal dari Besut, dipercayai baru sahaja menjalankan aktiviti tersebut.


"Suspek ketika itu berada berseorangan di tepi jalan berhampiran restoran terbabit untuk menyerahkan bekalan berkenaan.

Dia kemudiannya terkejut dengan kehadiran anggota polis yang menyamar sebagai orang preman.

"Hasil siasatan lanjut ke atas kenderaan Perodua Viva milik suspek, polis menemui 690 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai kira-kira RM10,000," kata Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Samsuddin.

"Siasatan mendapati suspek yang bekerja sebagai buruh baru sebulan menjalankan urusan ini dan bergiat aktif di sekitar daerah Besut," katanya

No comments:

Post a Comment