Tuesday, March 6, 2012

Kayuhan Malaysia Semakin Mantap


Adeq Husainie (empat dari kiri) bersama barisan pelumba negara yang bersaing pada LTdL 2012. 

Prestasi skuad kebangsaan Malaysia pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 yang berakhir kelmarin memberi petanda positif terhadap prestasi barisan pelumba lebuh raya negara.

Walaupun gagal mengulangi kejayaan menjuarai kategori pasukan terbaik Asia pada 1999, seku- rang-kurangnya prestasi buruk skuad kebangsaan dalam beberapa edisi terdahulu telah dapat diperbaiki.

Skuad kebangsaan yang kini dibimbing Syed Hussaini Syed Mazlan, mengakhiri edisi kali ini di tempat ke-16 daripada 22 pasukan yang bertanding.

Selain itu, anak-anak buah Syed Hussaini menduduki tempat keenam terbaik Asia daripada 10 pasukan yang mengambil bahagian.

"Pelumba-pelumba kita dalam LTdL kali ini nampak lebih berkeyakinan ketika bersaing dengan pelumba antarabangsa yang lain. Mereka menampakkan peningkatan yang ketara dalam setiap peringkat perlumbaan.

"Walaupun pada peringkat pertama dan kedua, pelumba kita agak ketinggalan tetapi mereka berjaya memperbaiki kedudukan pasukan secara keseluruhan pada peringkat berikutnya," kata Syed Hussaini.

Pada edisi sebelum ini, skuad kebangsaan sering dikritik berikutan pencapaian buruk mereka jika dibandingkan dengan beberapa pasukan kebangsaan negara jiran.

Bagi edisi ke-17 tahun ini, Syed Hussaini mempertaruhkan kudrat pelumba senior, Suhardi Hassan yang digandingkan bersama Mohd. Nor Rizuan Zainal untuk meraih kedudukan terbaik.

"Dalam pasukan kebangsaan, kita tidak ada pakar pecut dan dari segi latihan, kita terapkan kepada pelumba serba boleh. Jadi, kita sandarkan kepada Suhardi dan Nor Rizuan untuk tugasan itu.

Sementara itu, tiga lagi pelumba - Mohd. Rauf Nur Misbah, Amir Mustafa Rusli dan Mohd. Fauzan Ahmad Lutfi diberi tanggungjawab pada peringkat pendakian, manakala Ahmad Falanie Ali untuk saingan domestik.

"Untuk perlumbaan LTdL ini, saya memang berpuas hati dengan prestasi mereka. Saya juga ingin ucap terima kasih kepada rakyat Malaysia yang banyak memberi sokongan kepada pelumba-pelumba kita. "Walaupun kita tidak menang apa-apa tetapi pelumba kita telah melakukan yang terbaik.

Saya nampak mereka boleh pergi lebih jauh selepas ini," katanya yang mula mengendalikan skuad kebangsaan pada 20 Disember 2011. Fauzan, 25, yang kembali beraksi di pentas acara berbasikal lebuh raya selepas menamatkan penggantungan selama dua tahun akibat penggunaan bahan perangsang terlarang, adalah pelumba terbaik skuad kebangsaan apabila menamatkan saingan di tempat ke-36 keseluruhan.

Fauzan ketinggalan 14 minit dan 14 saat di belakang pemenang Jersi Kuning yang juga juara keselu- ruhan, Jose Serpa yang mewakili pasukan Androni Giocattoli. Paling mencuri tumpuan sudah pasti terarah kepada seorang lagi pelumba kebangsaan, Adiq Husai- nie Othman yang mewakili pasu- kan Champion System.

Adiq muncul sebagai pelumba terbaik Malaysia keseluruhan selepas berada di kedudukan ke-19. LTdL 2012 yang melibatkan 10 peringkat, bermula dengan acara ujian masa individu di Putrajaya pada 24 Februari lalu melibatkan jarak kayuhan sejauh 1,415.5 kilometer.

Menurut Syed Hussaini, selepas menghadapi LTdL, para pelumba akan mempersiapkan diri untuk menghadapi dua kejohanan di luar negara - Jelajah Thailand (27 Mac) dan Jelajah Korea (22 April).

"Kita akan kekalkan enam pelumba sedia ada dan akan memasukkan tiga lagi pelumba iaitu Akmal Amrun, Nazri Ahmad dan Mohd. Khairul Azizi Abdullah bagi menghadapi kejohanan itu," kata beliau.


Kosmo

No comments:

Post a Comment