Monday, March 5, 2012

Liga Super - Terengganu Ekori Kelantan Sebagai Pendahulu


 Mohd Ashari (kiri) berjaya merebut bola dari pemain Kuala Lumpur, Muhd Syafiq pada perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka.
 
Terengganu terus mengancam pendahulu Liga Super, Kelantan apabila merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Kuala Lumpur di gelanggang lawan, malam kelmarin pada hari yang menyaksikan Kedah bangkit garang mencipta kejutan besar membenam Selangor di Alor Setar.

Apa pun, kemenangan Terengganu gagal membantu mereka memintas The Red Warriors kerana perbezaan jaringan walaupun kedua-dua pasukan pantai Timur itu terikat 17 mata.

Malah, kemenangan Kelantan semalam di Kota Bharu ke atas Negeri Sembilan, menjarakkan mata Kelantan kini menjadi 20.
Kedah harus ceria dengan gol tunggal pemain import baru, Safi Alfatah menerusi sepakan penalti untuk penyokong Hijau Kuning kembali ceria.

  Pemain Sabah, Zainizam Marjan dihalang pemain Johor FC, Ahmad Fauzi Saari (kiri) pada perlawanan Liga Super di Stadium Likas, malam tadi.  

Sabah juga mencari cengkaman selepas bangkit untuk menewaskan Johor 2-1 di Stadium Likas.

Kedah  yang menduduki tangga kedua tercorot sebelum perlawanan berjaya mencipta kejutan besar menewaskan Selangor 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam semalam dengan pelawat terpaksa beraksi 10 pemain pada baki 30 minit terakhir.

Babak pertama terikat tanpa jaringan dengan Kedah memperoleh banyak peluang khususnya menerusi Khyril Muhymeen Zambri yang gagal manfaatkan dua peluang keemasan apabila hanya berdepan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.

Pada minit ke-57, pengadil Maswari Mislan menghadiahkan sepakan penalti kepada Kedah selepas pemain pertahanan dari Lubnan, Ramez Dayoub secara sengaja menampan dengan tangan dan terus dilayangkan kad merah.

Walaupun sepakan itu mahu diambil oleh Safi Alfatah, Badrul Bakhtiar meletakkan bola di tanda penalti dan terus mengambil sepakan yang terkena tiang kiri, lalu terselamat Selangor daripada ketinggalan.

Maswari sekali lagi menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-83 selepas Khyril dijatuhkan dan kali ini sepakan itu diambil Safi yang menendang ke sebelah kanan Norazlan.


Pemain Perak, Lazar Popovic (kiri) dihalang pemain PKNS pada di Stadium Petaling Jaya malam semalam.

Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, hasrat Perak memintas Kelantan sebagai penghuni sementara tangga teratas liga tidak kesampaian apabila mereka sekadar seri 2-2 dengan PKNS.

Perak terpaksa bangkit dua kali menerusi jaringan Fazrul Hazli Kadri (42) dan penalti Michal Kubala (79) selepas mereka ketinggalan hasil jaringan Helmi Remeli (20) dan Fauzan Dzulkifli (56).

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah berjaya meraih tiga mata penuh di laman sendiri menerusi jaringan Rozaimi Abd Rahman (30) dan Shahrudin Yakup (80) selepas ketinggalan menerusi jaringan Arthur.

Sumber: Berita Harian
Sumber Henrique (28).

No comments:

Post a Comment