Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu berhasrat meletakkan tiga calon untuk bertanding bagi kawasan parlimen dan 11 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) yang dijangka tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri Terengganu Azan Ismail tidak mengumumkan secara terperinci kawasan Parlimen dan DUN yang akan ditandingi PKR.
"Hasrat kita ini akan bergantung kepada perbincangan di peringkat pusat dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain, kemudian ia akan 'dimurnikan' sebelum keputusan muktamad dibuat pada 15 Mac ini," katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Azan yang juga Pengerusi PKR Terengganu berkata beliau akan mengumumkan perkara itu sebaik sahaja keputusan muktamad dari peringkat pusat diperoleh kelak.
Azan berkata, cadangan meletakkan angka pencalonan itu adalah sebagai menyambut hasrat rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) seperti PAS dan DAP agar PKR memberi gambaran dan kesediaan bekerjasama bagi menghadapi PRU ke-13.
No comments:
Post a Comment