Friday, March 9, 2012

Malaysia Negara Paling Selamat Di Asia Tenggara, Ke 19 Dunia

Malaysia diiktiraf negara paling selamat di Asia Tenggara dan ke-19 di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, ia juga sekaligus membuktikan kesungguhan, komitmen dan kerjakeras semua pihak khususnya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi-agensi berkaitan.



"Ia termasuklah komitmen sukarelawan polis terlatih dari Angkatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)," katanya dalam kenyataan di Putrajaya, semalam.

Beliau turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan PDRM dan agensi-agensi berkaitan khususnya dalam memastikan rakyat di negara ini dapat hidup dalam keadaan selamat, aman dan tenteram.

Selain itu katanya, pada tahun lepas, jenayah indeks keseluruhan turut mencatat penurunan sebanyak 11 peratus berbanding tahun 2010, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu lima peratus.

Sementara indeks jenayah jalanan pula mencatat penurunan sebanyak 40 peratusberbanding tahun 2009, iaitu selari dengan sasaran yang ditetapkan.


Sehubungan itu, KDN akan terus komited untuk mengekalkan kedudukan itu pada tahun ini dengan melaksanakan dua strategi iaitu PDRM akan menambah bilangan anggota dan pegawai polis seramai 14,739 untuk melaksanakan aktiviti rondaan khususnya di empat negeri panas iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment