Friday, March 9, 2012

Mohd Faizal Dijangka Turun Bantu Terengganu Bertemu Perak Esok

Pemain pertahanan Mohd Faizal Muhammad mungkin akan diturunkan menjelang pertemuan Terengganu menentang Perak dalam saingan Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah esok.

Jurulatih Mat Zan Mat Aris berkata Mohd Faizal telah menunjukkan tanda-tanda kecergasan semasa latihan.
"Dia kini kian pulih dari kecederaan.

Oleh itu saya mungkin akan turunkan dia semasa perlawanan Sabtu ini bagi memperkemaskan barisan pertahanan," katanya.

Mat Zan berkata persiapan mereka adalah mengikut jadual kerana empat pemain kebangsaan iaitu Ashaari Shamsudin, Abdul Manaf Mamat, Mohammad Muslim Ahmad dan Muhammad Zubir Mohd Azmi akan turut diturunkan bagi mengekang dan merobek pasukan Perak.

No comments:

Post a Comment