Sunday, March 18, 2012

MARA Sedia 38,000 Peluang Lanjut Pelajaran

Institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyediakan 38,952 tempat untuk mereka yang ingin melanjutkan pengajian dalam program sijil, diploma dan ijazah bagi pengambilan Julai tahun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pada masa ini, 273 institusi pendidikan Mara menempatkan 64,555 pelajar.


 "Julai ini, Giatmara akan menyediakan tempat terbanyak iaitu 22,800 diikuti Kolej Poly-Tech Mara (5,420), Universiti Kuala Lumpur (4,950), Institut Kemahiran Mara (2,481), Kolej Profesional Mara (2,095), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (799) dan German Malaysian Institute (407),” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu  kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan Mara 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.

No comments:

Post a Comment