Thursday, March 29, 2012

Mayat Bayi Ditemui Di Tapak Pembuangan Sampah Di Kemaman


Kedudukan beg plastik (dalam bulatan) berisi mayat seorang bayi yang dijumpai di tempat pelupusan sampah di Chukai, Kemaman kelmarin.

Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dijumpai di sebuah tapak pembuangan sampah di Kampung Mak Chili, Cukai, Kemaman kelmarin.

Bayi yang cukup sifat itu dijumpai oleh seorang pekerja lelaki di tempat pembuangan sampah itu ketika sedang melakukan pembersihan di kawasan tersebut.


Sekumpulan pekerja di Pusat Pelupusan Sampah Kampung Mak Chili, Chukai di sini kelmarin terkejut apabila menemui mayat seorang bayi lelaki masih bertali pusat di dalam plastik hitam yang dikerumuni sekumpulan anjing liar.

Mayat bayi itu pada mulanya ditemui oleh seorang pengangkut sampah yang hanya dikenali sebagai Umi Khaltom, 55, pada pukul 5.50 petang yang berasa curiga apabila melihat sebuah bungkusan plastik hitam yang dikerumuni anjing liar.

Panik dengan situasi itu, pekerja berkenaan yang pada mulanya menyangka ia adalah bangkai haiwan terkejut apabila mendapati ia merupakan mayat bayi lelaki cukup sifat berada dalam bungkusan surat khabar yang dimasukkan ke dalam plastik.

Difahamkan, mayat bayi malang itu baru sahaja dilahirkan berdasarkan keadaan tali pusatnya yang masih ada kesan darah ketika ditemui.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K. Manoharan berkata pekerja berkenaan menemui bayi itu dalam karung beg plastik yang diletakkan dalam sebuah beg pakaian kira-kira pukul 5.50 petang.

"Hasil siasatan lanjut, bayi berkenaan dipercayai dibawa oleh lori sampah Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) yang terakhir membuang sampah di kawasan tersebut sekitar pukul 3 petang.

"Kami percaya bayi berkenaan baru dilahirkan," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.

Manoharan berkata mayat bayi itu telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Manoharan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kelahiran dan pembuangan bayi itu agar tampil membantu pihak polis.

Beliau turut meminta pihak hospital sama ada swasta mahupun kerajaan memberi maklumat kepada pihak polis sekiranya pernah menerima pesakit yang mencurigakan bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran

No comments:

Post a Comment