Mohd. Nafiizwan Adnan mencatat kemenangan terbesar kariernya setakat ini apabila mengejutkan rakan senegara, Mohd. Azlan Iskandar yang merupakan pemain No. 10 dunia 8-11, 11-7, 7-11, 11-3, 11-2 pada pusingan pertama Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur CIMB Nicol David 2012 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, semalam.
Ia adalah kali pertama pemain ranking No. 34 dunia itu menumbangkan seorang pemain ranking 10 teratas dunia, namun anak kelahiran Terengganu itu mengakui Azlan tidak beraksi pada tahap terbaik.
"Saya fikir saya agak bernasib baik kerana Azlan mengalami kecederaan, saya bersimpati dengannya," kata penyandang juara Asia berusia 25 tahun itu.
Pada suku akhir hari ini, Nafiizwan akan diuji Ong Beng Hee yang mendapat laluan mudah apabila lawannya, Matthew Karwalski menarik diri kerana cedera.
No comments:
Post a Comment