Wednesday, March 21, 2012

Muzium Terengganu Anjur Seminar Batu bersurat Mulai Ahad

Muzium Terengganu akan menganjurkan Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu di Dewan Batu Bersurat di kompleks muzium itu di Losong di sini selama dua hari bermula Ahad ini.

Pengarahnya, Mohd Yusof Abdullah berkata seminar itu bertemakan 'Lambang Kehebatan Kita' bakal menarik penyertaan kira-kira 150 orang dari pelbagai agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan penyelidik persendirian.


"Seminar kali keempat ini akan membentang dan menjalankan kajian seterusnya berkenaan asal-usul batu tersebut dan membuat perbandingan Batu Bersurat dari seluruh Nusantara.\

"Di samping itu, peserta akan dibawa mengkaji Batu Bersurat Terengganu dari pelbagai sudut dan teknik pembuatannya," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Terengganu, semalam.

No comments:

Post a Comment