Wednesday, March 21, 2012

Belum Ada Kelulusan Cadangan Cukai 6 % Talian Prabayar

Cadangan cukai perkhidmatan enam peratus dikenakan kepada pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar masih belum diputuskan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, kementerian tidak pernah memberi arahan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengeluarkan memo kepada pembekal perkhidmatan selular untuk melaksanakan cukai perkhidmatan terbabit.


"Penetapan bahawa caj cukai perkhidmatan ini memang ditangguh seperti diumumkan tahun lalu. "Kementerian tidak tahu mengapa laporan itu menyebut demikian... yang sebenarnya memang tidak ada arahan dan tidak ada keputusan," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Saifudin Nasution Ismail (PKR-Machang).

Saifudin dalam soalannya meminta pengesahan kementerian berhubung laporan media mengenai nota Hong Leong Investment Bank Research (HLIB Research) yang menyebut SKMM mengeluarkan memo kepada semua syarikat telekomunikasi supaya bersedia secara teknikal terhadap pelaksanaan cukai perkhidmatan itu.

No comments:

Post a Comment