Friday, March 16, 2012

Najlis Daerah Kemaman Bina 1,913 Unit Rumah Di Empat DUN

Sebanyak lima projek perumahan kos rendah membabitkan 1,913 unit rumah sedang dibina di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah ini bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.

Projek yang dibina bermula tahun ini melibatkan empat kawasan iaitu Kemasik, Kijal, Chukai dan Air Putih.
Pegawai Daerah Kemaman Mohamad Kamil Othman berkata daripada jumlah itu hanya tiga di bawah projek perumahan kos rendah melibatkan 466 unit rumah dibina di Gong Cengal, Kemasik, Perasing Jaya, Air Putih (485 unit) dan Padang Kubu, Kijal (500 unit).


Katanya baki selebihnya untuk Projek Rumah Mampu Milik melibatkan pembinaan sebanyak 362 buah rumah di Paya Berenjut, Chukai dan 100 unit rumah di Kerteh, Kemasik.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat pembangunan daerah Kemaman kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena lawatan dua hari baginda ke daerah ini di Pejabat Daerah Kemaman di Kemaman, semalam.

No comments:

Post a Comment