Friday, March 16, 2012

Kecederaan Empat Tonggak Terengganu, Muslim Ganti Tempat Marzuki

Muslim Ahmad layak menggantikan Marzuki di benteng pertahanan.
Terengganu gusar dengan kecederaan empat tonggak utama menjelang pertemuan dengan Sabah dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah esok (Sabtu).

Empat pemain tersebut ialah ketua pasukan Marzuki Yusof dan Mohd Muhaimin Omar yang bermain di bahagian pertahanan serta dua pemain tengah iaitu Ahmad Nordin Alias dan Reeshafiq Alwi.

"Marzuki sebagai contoh masih belum sembuh sepenuhnya selepas dibedah lutut dan dijangkakan memakan masa yang lama untuk sembuh.

Begitu juga dengan tiga pemain lain yang masih dalam proses penyembuhan selepas terlibat dalam kecederaan atas padang.

"Namun walaupun tanpa kelibat empat pemain tersebut, kami yakin kewibawaan pasukan Terengganu tidak akan terjejas lebih-lebih lagi pertemuan diadakan di laman sendiri yang pastinya memberikan kelebihan kepada kami," kata pengurus pasukan Datuk Che Mat Jusoh.

Menurutnya Terengganu masih memiliki pemain muda seperti Muslim Ahmad dan Mohd Shukur Jusoh yang boleh mengisi kekosongan berkenaan.

No comments:

Post a Comment