Sunday, March 4, 2012

Nyaris Maut Disondol Gajah Liar

Seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) nyaris terbunuh apabila seekor gajah yang cuba ditangkap naik minyak dan menyerang lelaki terbabit di Kampung Jelung, Setiu, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu mangsa, Mohd Noor Abdullah, 58, patah lima tulang rusuk dan cedera di bahagian muka selepas tercampak disondol gajah berkenaan.


Isteri mangsa, Zamariah Seman, 52, yang ditemui di Wad Pembedahan Lelaki Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, semalam berkata, dia menggeletar selepas dimaklumkan suaminya cedera diserang gajah liar ketika menjalankan operasi di sebuah kampung di Setiu.

Menurutnya, ketika kejadian itu, dia sedang bermesyuarat dengan rakannya kira-kira jam 4.30 petang kelmarin dan bergegas ke HSNZ untuk memastikan keadaan sebenar suaminya.

“Ketika dihubungi, rakan suami meminta saya bertenang sebelum menceritakan keadaannya yang parah akibat diserang gajah terbabit dan terpaksa dirujuk ke HSNZ untuk rawatan lanjut.

No comments:

Post a Comment