Ternyata sudah parti yang diterajui oleh orang yang bersarban dan berlagak Tok Guru dan Ustaz bijak membuat fitnah dan bermain politik adu domba.
Mereka bukan sahaja bijak mengadakan apa yang tidak ada malah cuba melaga-lagakan pihak yang mereka anggp musuh khususnya di kalangan pemimpin UMNO.
Laporan oleh dua blog (satu bersimpati dengan pembangkang dan satu lagi memang blog rasmi PAS) mengatakan pertemuan di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang menyebabkan ADUN Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh membuat pusingan 360 darjah untuk bertanding semula adalah karut dan fitnah semata-mata.
Dari awal lagi, teganuku memaparkan laporan dua blog berkenaan dengan harapan ADUN yang disebut - ADUN Ajil , Kuala Berang, Alor Limbat, Paka, Permaisuri, Bukit Besi, Air Putih, Tepuh, Jabi dan Kota Putera - agar segera membuat penafian bahawa itu semua adalah tuduhan palsu dan fitnah yang sengaja diada-adakan.
teganuku bimbang spin PAS ini bukan sahaja akan menyebabkan kumpulan ADUN itu difitnah, malah politik adu domba PAS akan menyebabkan di kalangan ADUN UMNO akan bermasam muka sedangkan keadaan sudah jauh berubah ketika ‘kemelut pelantikan Menteri Besar’ pada awal 2008 lalu.
Kerana itu saya sangat bersetuju dengan teganukini yang yebut: "Cara PAS mahu melaga-lagakan ADUN UMNO yang dikatakan bekas ‘penyokong Idris’ itu sangat berbahaya dan sewajarnya ADUN berkenaan MENAFI, MEMINTA PIHAK YANG MEMBUAT FITNAH MEMINTA MAAF SECARA TERBUKA atau MENYAMAN SAHAJA blog berkenaan jika pihak yang membuat fitnah itu enggan meminta maaf secara terbuka."
Baca apa kata sms oleh salah seorang ADUN UMNO yang difitnahkan itu:
Politik adu domba PAS yang hanya berselindung di sebalik sarban, Judah, kopiah dan apa juga yang dinamakan ‘pakaian Islam’ amat buruk sekali.
Namun ada juga pihak dalam UMNO dan orang kuat Menteri Besar sendiri termakan dengan fitnah itu apabila menghantar sms kepada seseorang yang juga berpengaruh dengan Datuk Seri Ahmad Said.
Tujuan sms daripada seseorang itu kepada seseorang yang lain tidak lain dan tidak bukan sebagai untuk menunjuk-nunjukkan bahawa BELIAULAH YANG PRIHATIN terhadap politik Terengganu.
Malah politik adu domba di kalangan pegawai Menteri Besar rupa-rupanya turut wujud apabila ada yang mahu bermuka-muka dengan seseorang yang dikira ‘orang kuat’ Ahmad Said ketika ini.
Sedangkan hakikatnya, ketika berlakunya kemelut politik Terengganu orang ini langsung tidak membantu Menteri Besar atau pihak yang ‘menyerang Ahmad Said” untuk sama-sama berusaha ‘menyelesaikan kemelut berkenaan’.
Lihat sms beliau kepada seseorang seperti berikut:
Apapun, bagi teganuku, hal seperti ini bagaikan air berkocak di dalam cawan dan kalau dilayan dengan orang seperti ini, politik Terengganu akan hanya keruh diakibatkan oleh sikap dan perangai orang dalaman.
Sedangkan di luar PAS yang menjadi musuh UMNO berusaha segala upaya untuk memfitnah dan memburuk-burukkan pemimpin UMNO, khususnya Ahmad Said sendiri.
Lagupun mungkin ada kalangan orang yang dekat Ahmad Said sendiri tidak faham dan tidak tahu pun perjalanan media baru sekarang sebaliknya pendekatan mereka masih cara lama iaitu ceramah, siaran seperti akhbar jabatan dan penyebaran CD yang dikira cara yang sudah agak lapuk.
Dan mungkin kerana itu ada jabatan kini sedang dinilai semula sama ada wajar ditutup atau dinaikkan taraf dengan ketua-ketua baru yang lebih energetik dan berpendekatan baru!
As salam En Hambali.. Saya sebenarnya amat bersetuju dgn pendapat saudara.. Budaya adu domba di kalangan ahli2 UMNO masih bersarang dan boleh menjuruskan kepada ke arah kemusnahan.. Bagi politik Terengganu khususnya perlu diberi perhatian yg sewajarnya oleh MB sendiri.. Janganlah terlalu mempercayai yg kiri dan kananmu sahaja Datuk Seri.. Berilah peluang kpd golongan bawahan juga utk dijadikan rujukan dan sumber maklumat.. Wassalam.. TK.
ReplyDelete