Monday, March 19, 2012

Kanak-kanak 3 Tahun Lemas Dalam Tangki Najis

Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun ditemui mati lemas dalam sebuah tangki najis yang terletak tidak jauh daripada rumahnya yang berdekatan dengan Klinik Kesihatan Jabi, dekat Jerteh, semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Zakaria berkata, ketika kejadian pada kira-kira pukul 5.50 petang itu, mangsa Nur Ammar Adlyn Mohd. Husni dilihat oleh jirannya bermain dengan basikalnya seorang diri.


"Kanak-kanak itu dipercayai terjatuh ke dalam tangki najis berkenaan yang didapati tidak ditutup dengan sempurna.

"Mangsa disahkan telah meninggal dunia dipercayai lemas," katanya.

Sementara itu bapa mangsa, Mohd. Husni Mat Hussin, 33 yang merupakan seorang Pembantu Am Rendah, Majlis Daerah Besut, berkata, sejurus selepas dimaklumkan oleh jirannya, beliau terus ke tempat kejadian dan mendapati anaknya terapung di dalam tangki najis sedalam kira-kira tiga meter.

Kosmo!

No comments:

Post a Comment