Saturday, March 10, 2012

PAS Ikrar Perjuang Isu 'Rampasan Tanah' Sekolah Agama

“Kita akan terus berjuang untuk membela nasib serta masa depan anak-anak yang bersekolah ini,” kata Nurul Azhar, Pengerusi Bertindak isu rampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan, Paka.
 
 Nurul Azhar yang juga Setiausaha Pas Kawasan Dungun berkata, pihaknya akan mengatur program yang sesuai, termasuk menghantar memorandum kepada Menteri Besar bagi mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap isu tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan yang didakwanya dipindah milik kepada empat individu, dipercayai ahli Umno di kawasan Paka.


“Hari ini kita hantar memorandum ke Pejabat Daerah, kalau isu ini gagal diselesaikan, mungkin kita akan hantar memorandum kepada pejabat MB pula,” katanya selepas menyertai demonstrasi aman di pekarangan Surau Hj Zainal Abidin, di Sura Gate, petang kelmarin.

Kemelut isu tanah di Sekolah Rendah Islam Darul Bayan Darul Bayan itu timbul berikutan sebahagian lot tanah di sekolah berkenaan dikatakan berpindah milik kepada nama empat individu yang merupakan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri Paka.

Dakwaan oleh Pas itu bagaimanapun dinafikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, Zakaria Abdullah dalam satu sidang media di Kuala Terengganu yang turut disiarkan dalam akhbar ini sebelumnya. Sinar Harian

No comments:

Post a Comment