Friday, March 30, 2012

Pemandu Lori, Pekerja Kutip Sampah Dicari Bantu Penemuan Mayat Bayi

Polis sedang mengesan pemandu lori dan beberapa pekerja mengutip sampah bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat seorang bayi di tapak pembuangan sampah di Kampung Mak Chili, Cukai, Kemaman Selasa lepas.

"Bayi berkenaan dipercayai dibawa oleh lori sampah Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) yang terakhir membuang sampah di kawasan tersebut sekitar pukul 3 petang dan kami masih gagal menemui petunjuk berkaitan kes berkenaan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan kepada pemberita semalam.


Pihak polis percaya sampah beserta mayat bayi lelaki itu dipungut di sekitar Cukai.

Beliau berkata bayi itu diperayai meninggal dunia ketika dilahirkan dalam tempoh 12 jam sebelun mayatnya ditemui oleh pekerja ketika menjalankan proses pembersihan di tempat pembuangan sampah tersebut.

Mayat ditemui di dalam sebuah beg pakaian kira-kira 5.50 petang.

No comments:

Post a Comment