Friday, March 30, 2012

Jumlah Kes Demam Denggi Di Terengganu, Selangor Meningkat

Jumlah kes demam denggi bagi minggu ke-12 tahun ini menunjukkan penurunan dengan 477 kes tanpa kematian dilaporkan berbanding 480 kes dengan satu kematian pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata sebanyak tujuh negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Terengganu dan Selangor masing-masing sembilan kes, Sarawak (enam), Pahang (empat) Kuala Lumpur dan Putrajaya (empat), Kedah (tiga) dan Perak (tiga).


"Pada tahun ini, sehingga 24 Mac, sebanyak 6,141 kes dilaporkan dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1,114 kes atau 22 peratus berbanding 5,027 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.

"Pada tempoh yang sama, sebanyak 17 kematian akibat demam denggi dilaporkan berbanding hanya lapan kematian pada tahun lepas," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dr Hasan berkata sebanyak 91 lokaliti daripada 18 daerah mengalami wabak pada minggu lepas berbanding 99 lokaliti pada minggu sebelumnya.

No comments:

Post a Comment