Saturday, March 24, 2012

Pemetaan Angin Tenaga - Malakoff Kerjasama Dengan UMT


Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) menyasar menjana 2,080 megawat (MW) tenaga boleh diperbaharui menjelang 2020 dan menyediakan 3.2 juta tan metrik penyingkiran karbon setahun.

 Tahun lepas, Malaysia menjana 68.45MW tenaga boleh diperbaharui kumulatif, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Badriyah Abdul Malek, Kelmarin (Khamis).


Beliau berkata tenaga boleh diperbaharui yang dijana itu adalah menerusi sumber bercampur seperti tenaga solar, biogas, biomass, bahan buangan pejal, kumbahan biogas dan hidro kecil.

Penggunaan tenaga boleh diperbaharui dijangka meningkat daripada kurang satu peratus daripada jumlah campuran tenaga Malaysia pada 2009 kepada 5.5 peratus menjelang 2015, katanya pada sidang akhbar di luar Siri Pakar Tenaga Malakoff Keempat, di Putrajaya kelamrin.

Badriyah berkata pengenalan tarif galakan (FIT) satu peratus, yang akan dimasukkan ke dalam tarif elektrik pengguna bagi penggunaan lebih RM100 ringgit, akan menyumbang kepada pertumbuhan tenaga boleh diperbaharui. SEDA juga telah mengenal pasti sumber tenaga boleh diperbaharui baharu, katanya.

Beliau berkata pemetaan angin tenaga boleh diperbaharui komprehensif sedang dirangka secara kerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Universiti Malaysia Terengganu dan SIRIM Bhd. Ia dijadualkan siap pada Jun tahun depan.

"SEDA juga sedang mengusahakan cadangan bagi peta mikro-hidro di Semenanjung Malaysia," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi SEDA Ali Askar Sher Mohamad berkata tenaga boleh diperbaharui akan menerima pelaburan besar menerusi FIT daripada pengeluar penjana bebas tempatan.

Beliau berkata mekanisme FIT akan memastikan tenaga boleh diperbaharui menjadi pelaburan jangka panjang berdaya maju bagi syarikat dan industri.

No comments:

Post a Comment