Gambar Hiasan - Pembantu rumah dari Indonesia perlu menjalani latihan dan kursus selama 200 jam sebagaimana ditetapkan sebelum dibenarkan bekerja di negara ini. - Gambar hiasan.
Kemasukan pembantu rumah Indonesia ke negara ini telah ditangguhkan kepada 1 April daripada jadual asal 1 Mac lepas disebabkan tenaga kerja berkenaan belum menjalani latihan dan kursus selama 200 jam sebagaimana ditetapkan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.
Beliau berkata, latihan berkenaan adalah penting untuk dilalui mereka bagi memastikan pembantu rumah yang dihantar ke negara ini berkualiti dan memenuhi kehendak majikan.
Menurutnya, pada masa ini, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan kerajaan Indonesia sedang memantau supaya tarikh asal ditangguhkan sebulan lagi kerana pembantu rumah yang akan dibekalkan ke sini belum menjalani kursus 200 jam berkenaan.
"Penangguhan itu tidak ada kena mengena dengan dakwaan kes penderaan oleh seorang pegawai tinggi kerajaan dan isterinya terhadap dua pembantu rumah Indonesia mereka baru-baru ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau projek perumahan terbengkalai di Rompin, semalam
Kosmo
No comments:
Post a Comment