Tuesday, March 6, 2012

Isteri Maut Kerana Babi Hutan

Hajat seorang suami untuk menghantar isterinya bekerja di Kuala Terengganu tidak kesampaian apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki terlanggar seekor babi hutan sebelum kenderaan tersebut bertembung dengan sebuah kereta lain dalam kejadian di Kampung Anak Ikan di Setiu semalam.

Kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu menyebabkan Noor Azira Md. Nayan, 24, yang merupakan kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Kuala Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian.


Dia mengalami kecederaan di seluruh badan. Suami mangsa,

Che Mohd. Azmil Che Mohd., 24, dan pemandu kereta Perodua Kelisa, Marzita Mat Yahya, 32, bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan.

No comments:

Post a Comment