Seorang peniaga kedai makan kerugian kira-kira RM100,000 apabila kediaman mereka di Kampung Bukit Diman, Ajil, Hulu Terengganu dipecah masuk awal pagi Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi, peniaga berkenaan bersama enam lagi anggota keluarganya yang lain sedang nyenyak tidur sebelum didatangi lima tetamu yang tidak diundang dengan bersenjatakan pisau dan besi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata lima lelaki yang bertopeng itu memasuki rumah berkenaan melalui pintu hadapan dengan mengumpil kunci rumah itu.
Katanya hasil siasatan awal dijalankan pihaknya percaya kelima-lima lelaki itu dipercayai warga asing berdasarkan maklumat mangsa.
Kesemua mangsa yang berumur antara 56 hingga 23 tahun diikat menggunakan tali manakala anak perempuan mangsa yang masih berpantang bersama bayinya yang berusia tujuh hari tidak diikat.
No comments:
Post a Comment