Thursday, March 1, 2012

Perlawanan Selangor - Terengganu Di Stadium Shah Alam


Perlawanan pertama yang bakal berlangsung sebaik stadium Shah Alam dibuka semula ialah Liga Super membabitkan pertemuan Selangor dan Terengganu pada 7 April.

Kerja menaiktaraf Stadium Shah Alam di Seksyen 13 di Shah Alam yang menelan belanja RM3.4 juta kini di peringkat akhir dan stadium yang ditutup sejak pertengahan November lepas itu akan dibuka semula April ini.



Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata kesemua bahagian utama stadium itu telah dinaik taraf termasuk padang, kabel elektrik, lampu dan pengcahayaan serta kemudahan seperti bilik persalinan pemain, laluan pemain, tempat duduk penonton, bumbung, tandas dan bilik kenamaan.

"Saya boleh kata hampir 100 peratus selesai cuma memerlukan beberapa kerja akhir termasuk memastikan percantuman rumput padang yang sedang giat dijalankan.

Kita menggunakan jenis Rumput Lembut Pantai yang dijangka akan bertaut sempurna menjelang awal April ini," katanya pada sidang media selepas melawat stadium itu semalam.

Beliau berkata keseluruhan kerja menaiktaraf itu merangkumi membaiki kawasan parkir, longkang, lampu jalan, kawasan sekeliling stadium, mengecat bangunan dan menambah baik sistem bunyi.

No comments:

Post a Comment