Thursday, March 1, 2012

Kencana Peroleh RM74 Juta Kontrak Daripada ExxonMobil

Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM74 juta untuk fabrikasi subsustruktur Tapis R bagi projek pembangunan semula daripada ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc.

Menerusi kontrak itu, Kencana HL akan melaksana pelbagai kerja, termasuk pemerolehan, fabrikasi dan pengujian substrukur yang meliputi jaket dan komponen berkaitan yang membentuk sebahagian daripada platform pemprosesan berpusat Tapis R untuk projek yang terletak di luar pantai Terengganu, kata Kencana Petroleum dalam satu kenyataan.

Ia merupakan kontrak kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan sekali yang dijangka disiapkan dalam tempoh suku kedua 2013, katanya. Kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepaa pendapatan dan aset sesaham syarikat induk, Kencana Petroleum Group, bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai, 2012 hingga 2013.

No comments:

Post a Comment