Wednesday, March 28, 2012

Pesara Kerajaan Mampu Bantu BN Menang Pilihan Raya

Pesara kerajaan boleh membantu Barisan Nasional (BN) terus memerintah Terengganu dan berkuasa di negeri-negeri lain serta di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum nanti.

Demikian menurut Presiden Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Malaysia, Tan Sri Aseh Che Mat.

Sebagai contoh, katanya, jika semua pesara kerajaan di Terengganu mengundi calon BN pada pilihan raya umum nanti, BN mampu mencapai kemenangan cemerlang.

"Berdasarkan senarai angka pesara kerajaan yang diperoleh kelab ini, kami membuat kesimpulan, jika semua pesara kerajaan undi calon BN, maka kita boleh menang semua kerusi di Terengganu, termasuk yang sebelum ini dimenangi oleh pembangkang," katanya.

Beliau menyatakannya pada Majlis Silaturahim Menteri Besar Bersama Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan di Kediaman Menteri Besar di Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Aseh berkata golongan pesara perlu sedar bahawa kerajaan BN begitu banyak berjasa kepada mereka semasa mereka menjadi penjawat awam termasuk dalam soal menjaga kebajikan.

"Inilah masa terbaik untuk pesara membalas jasa kerajaan," katanya.

No comments:

Post a Comment