Zakaria Abdullah |
Anggota Dewan Undangan Negeri Paka, Zakaria Abdullah berkata bahawa pada era tahun 70-an iaitu sebelum Petronas beroperasi di situ, kawasan pantai dan laut berkenaan menjadi lubuk ikan dan tempat nelayan mencari rezeki tetapi setelah Petronas menguasai kawasan itu, pantai dan laut tempat nelayan mencari rezeki, dijadikan kawasan keselamatan, dan nelayan setempat ditegah menjalankan aktiviti perikanan.
"Ini merupakan satu pengorbanan daripada nelayan kepada Petronas. Mungkin Petronas yang mempunyai keuntungan berbilion ringgit setahun, dapat menghulurkan sedikit bantuan atau imbuhan kepada mereka melalui persatuan nelayan kawasan berkenaan sebagai tanggungjawab sosial mereka," katanya di Dungun.
Zakaria berkata Petronas memang banyak memberi sumbangan untuk memaju dan meningkatkan bidang pendidikan di Terengganu ke tahap yang lebih baik tetapi ia harus mencotohi Tenaga Nasional, umpamanya, yang menjalankan program sosial membina rumah untuk orang miskin di kawasan ia beroperasi.
Katanya di Paka dan Kertih terdapat antara 300 dan 400 nelayan dengan pendapatan tidak seberapa.
Patut dulu lagi YB perjuang perkara ini, ini nyawa dah kat halkom baru ingat kat nelayan-nelayan Paka yang susah. Dari dulu dok wat jahat nak jatuh MB, fitnah pegawai MB hantar sms ugut bunuh (sms ugut bunuh sebenar dihantar oleh Datuk Doktor Ahmad Ramzi bin Datuk Zubir )kerana dok ikut ke puok-puok Derih dan mereka yang kata 'natang' kepada Sultan Mizan!. Kalau dari dulu jaga pengundi, kan bagus ?
ReplyDelete