Sunday, April 1, 2012

Tiga Bersaudara Kantoi, Pot Dadah Disebu Polis

Tindakan tiga bersaudara menjadikan rumah mereka sebagai port untuk melepaskan gian bagi mengelak dihidu pihak berkuasa, kantoi apabila lokasi persembunyian mereka diserbu polis, dekat Dungun, pagi kelmarin.

Ketika ditahan di rumah mereka dekat Kampung Gong Gemia dalam operasi pencegahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, tiga beradik itu dikatakan sedang khayal selepas mengambil dadah.


Ujian saringan air kencing ke atas tiga bersaudara berusia 17, 21 dan 24 itu mendapati, kesemua mereka positif Methapethamine, sekali gus menguatkan dakwaan bahawa suspek memang terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di Kampung Telaga Mas pula, dua beradik berusia 20-an turut dicekup kerana memiliki dadah jenis Methapethamine.

Semua suspek yang ditahan dalam operasi bermula jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang itu kemudiannya dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan suspek masing-masing disiasat mengikut Seksyen 15 (1) serta 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment