Monday, March 5, 2012

Salahuddin Jadi Pendamai, Kenapa Tidak Mohd Sabu?

Keputusan hasil pertemuan misi damai membabitkan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhubungan Pas Negeri adalah muktamad dan semua pihak diminta akur dengan formula penyelesaian yang diputuskan.

Perjumpaan lebih lima jam yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Seri Mentaloon juga dilihat positif dan diadakan secara harmoni antara pihak terlibat iaitu Azizan dan Exco Kerajaan Negeri yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang diberi tanggungjawab sebagai ‘orang tengah’ mendamaikan pihak-pihak yang bertelagah berkata, Azizan dan Phahrolrazi diberi masa sejam seorang untuk mengemukakan hujah dan penjelasan, di hadapan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhubungan Pas Negeri, yang dipengerusikan olehnya.

“Kedua-duanya memberi kerjasama baik dan pertemuan diadakan secara harmoni dan profesional. Saya yakin selepas jawatankuasa kerja Pas Pusat yang dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meneliti semua aspek, kita capai keputusan yang terbaik bagi keadilan semua pihak,” katanya, selepas ditemui sejurus pertemuan selesai, awal pagi semalam.

Menurutnya, pertemuan itu juga menemukan Azizan dan Phahrolrazi buat pertama kali selepas kemelut tercetus. Salahuddin berkata, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan kedua-dua pihak, walaupun tanpa membabitkan seorang lagi Exco yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah yang turut dikaitkan dengan kemelut ini, Dr Ismail Salleh.

“Selepas dua jam masing-masing kemuka hujah, dan selepas tiga jam Pas Pusat bermesyuarat dan capai keputusan, kami harap mereka akur kerana keputusan jawatankuasa adalah muktamad,” katanya.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment