Saturday, March 24, 2012

Skim Tukar Tingkatkan Pendapatan Pekerja Runcit, Pemborong

Program Skim Tukar yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) adalah untuk meningkatkan pendapatan pekedai runcit dan pemborong dalam usaha Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.

Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, untuk itu, imej peniaga dan usahawan akan diselaraskan agar lebih berketrampilan dan mampu menarik pelanggan.


"Setiap Kedai Tukar telah diarahkan supaya turut memasarkan produk 1Malaysia walau pun di sini tidak terdapat Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), tetapi produk 1Malaysia ada di Kedai Tukar," katanya ketika melawat Kedai Tukar ZMK Jaya Enterprise di Kampung Padang Air dekat Kuala Terengganu semalam.

Rohani berkata kementerian menyediakan garis panduan kepada pekedai runcit yang ingin mengikuti Skim Tukar di mana RM50,000 diberikan dalam bentuk geran untuk mengubah suai kedai runcit berkenaan manakala RM30,000 lagi untuk barangan stok.

Bagi kedai koperasi di bawah Skim Tukar pula, pemilik diberikan geran RM50,000 untuk mengubah suai kedai, RM63,000 untuk barangan stok dan lain-lain keperluan.

No comments:

Post a Comment